TAUBAT SURGA PERTAMA ANDA


  • Penulis: Syaikh Muhammad bin Ibrahim al-Hamd
  • Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i
  • Ukuran: 15, x 23,5 cm, berat 725 gr
  • Halaman: 474 halaman (SC)
  • ISBN: 979-3536-83-5
  • Harga: Rp 50.000,-
  • Jayyid: Rp 45.000,- (hemat 10%)


Dalam sebuah hadis, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Setiap anak Adam sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang selalu melakukan kesalahan adalah yang sentiasa bertaubat."


Demikianlah rangkap sabda Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah. Hadits ini mengisyaratkan bahawasanya salah satu di antara tabiat manusia adalah selalu melakukan kesalahan dan ia seiring dengan realiti yang ada. Betapa banyak manusia yang sering melakukan kesalahan dan dosa kepada Allah siang dan malam, tanpa terkecuali diri kita sendiri. Lalu apa yang harus kita lakukan demi kebaikan kita semua?

Oleh itu, janganlah cemas, bingung, atau khawatir selama kita masih memiliki kesempatan untuk bertaubat kepada-Nya. Hanya taubatlah yang kita perlukan, kerana dengannya Allah akan menghapuskan dosa-dosa kita. Namun, yang menjadi pertanyaan adalah: Mahukah kita bertaubat? Bila sepatutnya kita akan memulakannya? Dosa-dosa apakah yang perlu kita insafi? Siapakah yang mahu membimbing kita untuk bertaubat?

Maka dengan hadirnya buku ini yang berjudul "TAUBAT SURGA PERTAMA ANDA" buah tangan Syaikh Muhammad bin Ibrahim al-Hamd ini akan mampu memotivasi kita semua untuk segera dan sentiasa bertaubat. Buku ini juga menjelaskan kepada kita berkaitan dosa apa sahaja yang wajib kita taubati. Di samping itu, buku ini juga berusaha untuk membimbing kita dalam memberi tunjuk ajar, menjelaskan cara-cara dan langkah-langkah yang harus ditempuhi dalam menuju taubat yang sempurna. Lebih dari itu, buku ini dilengkapi dengan contoh-contoh yang sangat baik dari kisah-kisah nyata berkaitan orang-orang yang bertaubat dan sebaliknya untuk dijadikan sebagai tauladan untuk orang-orang yang masih hanyut bergelimang dosa. Di antara kisah yang dimuatkan adalah tentang kehidupan Jean Paul, Herbert Spencer, Marilyn Monroe, Christina Onassis, Dalaida, Lady Diana spencer, Madonna, dan Michael Jackson. Serta kisah-kisah yang menjadi contoh yang baik dari orang-orang yang bertaubat dan dikenali adalah seperti kisah Leon Trotsky, Cat Stevens, Hana Tsarwat, dan Muhsin Muhyidin serta isterinya..

Semoga kita terselamat dari memiliki penghujung hayat tanpa sempat dan mahu bertaubat. Semoga kita sentiasa diberikan taubat yang sempurna, dan dijauhkan dari pelbagai dosa dan kesalahan dalam hidup ini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar